Ada ke musim untuk pasangan bercinta clash?
Aku rasa persoalan ni mungkin keluar kat beberapa orang yang perasan keadaan sekeliling dia. Bagi aku, ada beberapa pasangan dah yang aku tau hampir sampai “tarikh expired” diorang. Bukan nak mendoakan, cuma hairan kenapa setiap kali dapat tahu ada pasangan yang putus hubungan je mesti ada beberapa pasangan lain yang hadapi masalah yang sama. Situasi ni berlaku kebetulan ataupun secara batinnya memang ada musim pasangan bercinta putus?
Wujud ‘orang ketiga’?
Tapi yang tambah menarik lagi, kalau bulan ni pasangan putus cinta, bulan depan mesti ramai yang baru in relationship. Ahaks. Bagus betul. Ada yang cepat je cari pengganti lepas menghadapi musim pasangan bercinta putus. Atau sebab diorang dah ada orang ketiga yang menjadi punca terjadinya musim pasangan bercinta clash?
Kalau berpisah sebab wujudnya ‘orang ketiga’ ni memang patut sangat-sangat. Itu tandanya si dia memang dah tak ada sifat jujur dan setia kat kita. Ingat, kesetiaan dan kejujuran adalah aspek yang paling penting dalam hubungan. Kalau tak ada kesetiaan dan jejujuran, hubungan tu mesti penuh dengan hipokrit dan kepura-puraan.
Fikir terlalu banyak?
Bukannya nak salahkan 100% punca perpisahan adalah dari pasangan yang terlalu banyak memikirkan pasangannya ni. Tapi mungkin kebanyakan kes salah faham boleh jadi berpunca dari sebab ini. Sebenarnya, fikir terlalu banyak pasal pasangan pun bahaya jugak. Kadang-kadang fikir berlebihan ni akan bawak kita fikir kepada benda yang negatif.
Tak salah sebenarnya kalau nak selalu ingat kat pasangan kita. Tapi bila dah sampai tahap kita nak fikir benda yang negatif pasal dia, elok cuba lupakan untuk seketika. Mungkin waktu tu kita terlalu rindu hinggakan kita sendiri buat andaian yang tak patut. Contohnya, kita terlalu rindu kat pasangan dan dia tak sempat nak contact kita sebab dia sibuk. Tapi kita fikir dia sengaja lupakan kita, dia dah tak sanggup nak contact kita. Haa.. Jaga-jaga dengan fikiran korang tu.
Pemikiran Berubah?
Situasi ini biasanya terjadi kat pasangan yang baru belajar bercinta dan kurang pengalaman bercinta. Atau paling mudah dikatakan masih belum matang dalam percintaan. Boleh disebut macam keadaan ini, mula-mula bercinta tapi bila dah sampai satu tahap dah mula rasa boring ataupun tak tahan dengan pasangan.
Contohnya macam masa mula-mula bercinta dulu bila si dia cakap tak suka kita pakai seluar pendek, kita pun akan ikut je. Tapi bila dah lama sikit, perasaan nak memberontak tu makin membuak-buak. Macam yang kawan aku cakap pasal situasi ni :
Selain itu, situasi pemikiran berubah ni akan sampai waktu yang susah nak dibendung adalah bila pasangan mula tak ikut cakap kita. Hinggakan yang lelaki akan rasa perempuan kurang hormat dirinya dan yang perempuan rasa kurang disayangi. Kalau berlaku macam ni cepat-cepat la suburkan balik perasaan sayang korang tu. Ingat balik masa depan, selamatkan hubungan korang!
Menyerah Kalah?
Kalau hubungan korang putus atas sebab ini bagi aku memang kurang relevan. Sebab layak atau tak diri korang tu bergantung pada diri sendiri jugak. Contohnya korang rasa diri korang tak layak sebab pasangan korang terlalu baik. Then, kenapa korang nak putus sedangkan korang pun boleh berubah untuk jadi baik?

Sepatutnya, dalam relationship kita perlu berubah untuk jadi yang terbaik bagi pasangan kita. Bukannya putus asa sebab rasa pasangan kita layak dapat yang lebih baik. Betulkan keadaan, baca entri [Awak layak dapat yang lebih baik dari saya] ini.
Sekadar Mahu Relationship?
Ada jugak manusia yang nak ada pasangan sekadar taknak dikatakan tak laku ataupun takde market. So, manusia jenis ini akan cuba mencari perempuan untuk dijadikan mangsa ‘teman’ sementara hidup dia dan bila dah jumpa orang lain perempuan tu akan ditinggalkan.
Fuuh.. Perangai lelaki macam ini tak ubah macam looser bagi aku. Mempermainkan perempuan sesuka hati je. Ini antara salah satu punca hubungan jadi huru hara. Sebabnya, bila dah in relationship bukan sebab sayang, probability untuk tak jujur dan tak setia tu lebih tinggi.
Manusia memang dah diberikan satu naluri yang sangat-sangat istimewa. Kita akan boleh merasa kalau orang yang kita sayang dah mula tak jujur kat kita. Naluri ni aku rasa lebih kuat ada pada perempuan sebab hati diorang lebih sensitif dekat apa yang berlaku sekeliling.
Komitmen Pada Perkara Yang Tak Patut?
Kalau pasangan kita tu memang ada komitmen yang tak dapat dielakkan sila consider kehendak dan keperluan dia. Sebagai contoh, dia terpaksa tinggal kita sementara atas dasar komitmen kerja, meeting, assignment, sukan, latihan ataupun sebagainya.
Tapi komitman pada perkara yang tak patut ini aku maksudkan adalah macam komitmen pada game, kawan-kawan, internet dan sebagainya yang tidak ada kepentingan bersama. Komitmen pada game, bagi aku tak apa kalau game tu boleh mendatangkan kebaikan atau dalam ertikata lain si dia tu adalah profesional gamers.
Bab komitmen lain ni sebenarnya bergantung pada persefahaman pasangan itu sendiri. Kadang-kadang si dia pun perlukan ruang untuk buat perkara lain yang dia minati selain daripada melayan kita je. Cuma yang menjadi masalahnya adalah bila komitmen yang tak patut tu melebihi komitmen pada yang tersayang.
Punca-punca Lain?
Punca untuk hubungan jadi huru-hara memang banyak. Pasangan kita korek hidung depan khalayak ramai pun boleh jadi punca. Iyelah, benda tu memalukan dah jugak boleh memburukkan nama kita sekali. Haa.. Cuma yang penting dalam perhubungan ni adalah kejujuran dan kesetiaan. Kalau dapat ditambah dengan persefahaman memang bahagia woo..
Jika ada masalah, bawak berbincang. Jangan buat keputusan semasa tengah marah sebab keputusan tu adalah berdasarkan emosi, dan bukannya dari akal. Dan yang paling penting, jangan jadikan putus hubungan sebagai satu penyelesaian.
Sekian, selamat berkekalan dalam hubungan. ^^



No comments:
Post a Comment